Tuesday

LELAKI KESAYANGANKU DAH TAK HENSEM....

kenapa tajuk entry harus begitu?? siapa lelaki itu?? ader la.. yang penting beliau sangat istimewa dlm hidupku.. selama 27 tahun saya hidup dengan beliau..sangat sayangkan beliau sehingga tidak bole melupakan segala yang telah beliau lakukan sepanjang hidup saya.. banyak pengorbanan yang telah beliau buat untuk menjadikan saya manusia yang baik.. 

saya amat menyayanginyer kerana hidungnya yang kecik dan sedikit mancung..
 senyumannya yang manis menawan kalbu.. 
matanya yang kecil.. 
seorang yang beriman kepada Allah.. 
seorang bekas perajurit yang berkhidmat dan menjaga keselamatan negara.. 
seorang yang aktif bermain badminton.. 
seorang yang tegas dalam mendidik anaknya.
seorang yang mempunyai otot2 yang kuat seperti harimau.. aauummmmm..
orang yang menjadi imam ketika solat samada di rumah dan di masjid..
seorang yang selalu memuji masakan saya yang sedap tu....
wpun seorang lelaki, namun beliau pandai catwalk.. kelas uuuuu...
wpun saya mempunyai ibu yang memakai heels, namun, beliaulah yang mengajar saya berjalan memakai heels seperti model..
orang yang bertanggungjawab mengajar saya menganyam ketupat.. dan i'm the only child yang pandai wat ketupat... sangat bangga,,, 
seorang yang selalu lupa membawa telefon bimbitnya.
seorang yang selalu bikin surprise untuk kami sekeluarga..
okehhh.. banyak sangat lagi yang saya suka tentang beliau....tapi cukup lah... beliau adalah ayahanda kesayangan beta iaitu Tn Hj Bahron Bin Saleh... ayahanda yang tercinta ini berumur 60 tahun. beliau seorang pesara tentera dan sekarang bertugas sebagai Imam Masjid Jamek Mukim 1.. beliau mempunyai hobby baru iaitu menternak lembu sebanyak 6 ekor yang sangat comelll teruatamya Baby Blonde..

kembali pada tajuk di atas.. kenapa lelaki tersebut tidak lagi hensem???? 

mari lihat gambar hensem beliau... tiada janggut.. sebab tu hensemm...


sudah menyimpan janggut.. tu yang tak berapa nak hensem...
kat umah nenda..

okehhh sudah fahamkan sekarang... beliau menyimpan janggut kerana seorang Imam Masjid mesti mempunyai janggut... jawapannya diterima oleh kami sekeluarga...


2 comments:

  1. ekekeke...gelak dgn jawapan last tu...
    tpi husben akak pun ada janggut wlupun kadang2 je ke surau tu...hehehe

    wajah penyejuk hati tu kan...

    salam kenal ;)

    ReplyDelete