Wednesday

PENGETAHUAN AM : JENAYAH...

Selamat tengah hari Yayang, Cik Bedah, Cik Senah dan semuanya lah... Hari ini dalam subject Pengetahun Am, Cik Kiah nak cakap pasal Jenayah.. wowww.. kellas ko Kiah..Dah jd cikgu la pulak.. bukan aper, cik kiah sekadar nak kongsi jer, beberapa statistic jenayah yang berlaku pada masa kini... siapa yang nak baca/dengo tu, baca btol2.. siapa yang tak nak tu, sila la beratur sebab cik kiah nak piat telinga.. eh.. saja jer.. saya ni mana pandai marah orang..apa yang saya kongsi ni sekadar pengetahuan pembaca saja.

1. sebanyak 35,000 kes jenayah jalanan yang berlaku setiap tahun... banyak btol la.. rasa takot pun ada bila jenayah dah banyak berlaku..

2. Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Penang menghadapi lebih 70% jenayah jalanan.

3. Kebanyakan mangsa rogol mengenali suspek dan ianya sering berlaku di rumah.

4. Sebanyak 83% kes ragut dilakukan oleh penunggang motosikal.

5. Sebanyak 87% mangsa ragut adalah wanita.

6. Hampir 50% yang ditangkap dalam kes ragut adalah penagih dadah.

7. Sebanyak 30% daripada jenayah jalanan adlah kes ragut.

Okehh.. sampai disini kelas Pengetahuan Am kita pada hari ini.. Sekian terima kasih..

gambar tiada kena mengena dengan entry sebab saya bukan orang jahat..

No comments:

Post a Comment