Monday

CUTI TAHUN BARU CINA (dah berlapuk dan panjang berjela).

Assalamualaikum..

Ape ni.. Suka sangat post entry yang dah berzaman. Tak up-to-date betol kan. Back to the title (elleehhh nk speaking plak), masa chinese new year paln bukan main banyak lagi, nak pergi Terengganu la, nak pergi Cameron la dan macam-macam lagi.. Tapi bila pikir-pikir balik kalau nak pergi tempat-tempat tumpuan pelancong ni mesti ramai orang dan jalan mesti sesak.. Lastly the nigth before nak bercuti baru la bagi cadangan kat yayang untuk pergi je Malacca.... Malacca????? Dalam hati ni mesti Yayang tak nak sebab tahun lepas kan dah pergi Malacca. Tapi rupanya yayang setuju sebab yayang pun kata kalo kita pergi Malacca tak der la jauh sangat.. Ok, hati gembira sebab dapat pergi muzium.. Yeayy!!! Bukan apa, ada satu lagi muzium yang saya tak pernah pergi lagi iaitu Istana Kesultanan Melaka. Dan yayang plan nak naik River Cruise.. Okey.. Isteri terus packing barang dan malam tu jugak booking hotel kat AsiaRoom.. Alhamdulillah nasib baik ada lagi hotel yang kosong...

9.2.2013
Sebelum pergi Malacca kitorang pergi ke majlis walimatul urus sepupu yayang kat Ulu Tiram berkonvoi bersama family yayang.. Lepas tu baru la bergerak ke Malacca dalam pukul 1.30 petang.. Sebenarnya kitorang kurang gemar kalau kat highway waktu-waktu macam ni sebab dah banyak kereta.. Maklum la kan cuti lagipun dah petang... Biasanya kitorang selalu gerak lepas subuh sebab highway clear sikit dan cuaca sejuk je.. Sampai Malacca je terus cari hotel yang kitorang booking tu sebab takot sesat.. Tapi nasib baik dapat cari dan lokasi sangat strategik.. Memandangkan kitorang sampai dah petang, jadinya stay kat hotel jer la dulu pastu malam baru kitorang kuar cari makan... Ala, makan kat McD Dataran Pahlawan jer.. Esoknya baru la jalan-jalan..

10.2.2013
Bangun pagi macam biasa walaupun holiday. tapi yayang tetiba nak pergi klinik. Alahai yayang mana la ada klinik buka pagi-pagi subuh ni. Lagipun kan tengah cuti.. Saya risau tapi yayang tak risau pun sebab dia dah tahu nak pergi mana.. Wahh yayang lagi tahu dari saya yang dah pernah menetap kat Malacca ni.. Yayang kata dier nak pergi Putra Specialist Hospital. Saya pun berfikir kat mana ler hospital ni.. Yayang pun jawab "Alah sayang ni hospital ni kan opposite hotel ni jer.. Jalan kaki jer.." Laaa patut la yayang semangat nak pegi.. Ok. Yayang pergi hospital sorang-sorang isteri sambung tido.. Yayang settle kat hospital je turun bawah pergi sarapan yang telah disediakan hotel.. Apalagi makan la banyak-banyak sebab lepas ni kan nak jalan-jalan.. Tapi sebelum jalan-jalan ada ke pulak suami nak cari car wash.. Mana lah nak cari ni.. Bila tanya seorang pakcik kat Peringgit tu, dia pulak pandai-pandai nak marah yang "alah dik, kete ko ni bersih lagi, tak payah la nak cuci". Padahal kete tu dah macam belacan.. Tak per pakcik terima kasih sebab bagitau jugak kat mana car wash.. Kitorang pun hantar kete kat car wash.. Sambil tunggu kete saya sempat borong makanan dan minuman satu plastik. Yayang terkejut sebab baru tadi makan takkan ni lapar lagi.. Saya cover line cakap ni semua untuk bekalan masa jalan-jalan nanti.. Tapi sebenarnya belum pun kete siap, bekalan dah tinggal separuh. hahahaha.. 

Habis jer cuci kereta, terus g jalan-jalan... 

Ni la tempat yang hendak dituju.. Saya ni memang suka melawat tempat-tempat bersejarah..
Pic Google..


Yeayyy!!!

 
Penatlah... Masa ni preggy 6 bulan..


angin leperkan tudungku..

Depat Kincir Air.. Sebelum ni tak der pun benda ni..

 
Hard Rock Cafe ni pun baru je dibuka..

Sebenarnya kitorangnak naik River Cruise tapi tak per la batalkan jer la niat tu.. Masya Allah tengok orang beratur punyalah panjang.. Dah lah keadaan macam ni tak boleh lah nak berdiri lama-lama.. Last-last cancel je.. Pujuk yayang kite pergi next time lah.. Pastu pergi makan dan sambung jalan-jalan dan shopping-shopping lagi seronok.. 

Bila malam pulak pergi lagi tempat yang tak pernah pergi iaitu Jusco besar.. Hahaha.... Memang besar sebab tak sempat nak jalan habis dah penat baik pergi makan kat KFC.. Pastu beli donut Jco.. Wahh!!! Kan baru lepas makn KFC.. Donut tu untuk dimakan tepi pantai.. Yayang minta saya bawa pergi pantai yang dekat-dekat jer.. Pantai yang paling dekat Pantai Klebang tp dh tak nampak pantai sebab dah ada projek kat situ.. Nak bawa yayang pergi Pantai Puteri yayang tak nak sebab jauh.. Ok, kite balik jer la hotel.. Makan donut kat otel boleh relak sambil baring-baring... Hahahaa...Belom sampai satu jam makan KFC saya dah habiskan donut separuh kotak.. Okey.. Memang macam ni keadaan bila mengandung.. Makan jer.. Dah kenyang je tido...

11.2.2013
Pagi bangun, sarapan then packing barang balik JB. Tapi sebelun balik singgah plak Taman Buaya Melaka.. Nak tengok buaya pulak..

Pic Google

NI bukan kat A Famosa.. Tapi replika jer.. Kat sini ada jugak  KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Muzium dan macam-macam lagi..

Burung merak ada kat Taman Buaya.. Cantik bulu dier.. 

Pastu tengok show buaya.. Diorang nak masukkan duit ke dalam mulut buaya dengan menggunakan mulut diorang.. Waahhhh... Seram pulak...
Ok, ni tengah setting mulut buaya tu..



Bila dah ok, dier masukkan duit tu dalam mulut buaya..Bial dah masukkan keluarkan balik.. Astaghfirullahhalazim.. nasib baik tak ader kejadian ngeri.. 

Okeh settle je pergi tengok buaya kami lunch kat McD sebelah Taman Buaya je.. Senang je  kan lepas makan terus keluar highway dan balik.. Tapi tetap tak puas sebab ada lagi tempat yang tak pergi lagi.. takper,, next time pergi lagi Malacca bawa baby pulak.. Bye.. 












No comments:

Post a Comment