Wednesday

MAKAM MAHSURI..

Assalamualaikum.


Hari ke-2 di Langkawi kami plan ke Langkawi Cable Car. Bangun pagi siap2 terus packing barang, sarapan pagi dan terus check out. Dalam pukul 10.00 pagi baru gerak gi Langkawi Cable Car. Dalam perjalanan tu nampak sign board Makam Mahsuri yayang pun ajak singgah.. Yeay...  kali ni nak cerita pulak mengenai Mahsuri. 


The best-known folk tale of Langkawi is about Mahsuri. Meh saya tunjuk Puteri langkawi iaitu Mahsuri.


Ini la dia Mahsuri. Bukan yang pakai baju biru tapi yang dalam gambar ye..


Ada iras tak? Perasan betol la Kiaaaahhh..(Sila tampar laju2..)

Gambar yang jelas.. Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangan Siti selain digelar sebagai Puteri Mahsuri atau Puteri Langkawi.

Saya nak sambung lagi cerita pasal Mahsuri ni.. silakan membaca.

Mahsuri dilahiran oleh pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang pada hujung kurun ke-18 di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mereka datang dari Kampung Kemala, Phuket Thailand atau pun Siam. Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik. Mereka bekerja sebagai petani dan lama-kelamaan rezeki mereka semakin murah sehingga mereka mampu membeli tanah masyarakat setempat. Pandak Mayah boleh dikatakan sebagai orang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang burub=ng layang-layang.

Mereka dikurniakan seorang chaya mata perempuan yang diberi nama Mahsuri. Sejak kecil Mahsuri diasuh dengan penuh adat resam serta tatasuli oleh kedua orang tuanya.. Mahsuri dikatakan sering memakai pakaian berwarna hitam kerana ia menjadi wrna kegemarannya.. Paras rupanya yang tak jemu mata memandang, tutur kata dan tingakh lakunya sopan santun cukup untuk melambangkan  betapa tingginya budi pekerti akhlak Mahsuri. Setelah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajahnya yang cantik rupawan, sehingga menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampai ke telinga Wan Yahya yang turut dikenali dengan nama Dato Pekerma Jaya yang merupakan wakil sultan. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus adik kepada wakil sultan, Datuk Pekerma Jaya.

Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, hubungan Kedah dan Siam menjadi keruh.Wan Derus terpaksa keluar berperang menentang tentera Siam dan waktu itu juga Mahsuri hamil. Ketika waktu tersebut, seorang penyair kembara iaitu Deramang singgah di Langkawi. Dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal dirumahnya untuk mengajar Syair dan dendang.

Kebolahan dan kepandaian Deramang dalam bersyair telah menaikkan nama Mahsuri sebagi tuan rumah  dan ini telah menyebabkan Wan Mahura yang juga isteri Pembesar Langkawi. apabila Mahsuri melahirkan anaknya, Wan Mahura menuduh anak yang dilahirkan Mahsuri adalah kerana Mahsuri telah bermukah dengan Deramang.

Atas sebab itulah Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekerma Jaya abang iparnya sendiri yang telah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Dermang telah dibawa ke Padang Matsirat dan diikat pada sebatang pokok lalu ditikam dengan tombak. namun tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan menggunakan tombak sakti yang terdapat di tiang rumahnya. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan menyumpah Pulau Langkawi untuk tidak aman dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan.

Mahsuri dibunuh dan menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Mahsuri dibunuh pada 1813 masihi bersamaan 1235 hijrah. Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang dan apabila dia mengetahui tentang kematian isterinya, dia membawa keluar anaknya Wan Mat. Sejurus itu, tentera Siam datang menyerang Langkawi. 

Sebelum tahun 1980-an Langkawi memang tidak makmur sehigga orang mengatakan yang kerbau lebih banyak daripada manusia. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi Pegawai Daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mna tempat pengkebumian Mahsuri. Namun Tunku meneruskan uasaha mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam yang dokenali Makam Mahsuri.

Menjelang tahun 1980-an, Langkawi menjadi makmur disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri yang menamatkan sumpahan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi. Keturunan Ketujuh Mahsuri adalah Sirintra Yayee atau Nong May taau nama Melayunya Wan Aishah Wan Nawawi yang menetap di Kampung Kemala, Phuket Thailand...

Wahhhh panjang betul cerita.. macam belajar sejarah kan.... penat baca kisah Mahsuri dan sumpahannya, meh layan pulak gambar saya..


depan Makam Mahsuri

 Perkampungan Kedah


Dodoilah dodoi...

kenangan

yayang tak kenal benda ni apa.. saya pun jawab inilah kukuq kelapa..(ikut loghat kedah)

kat bawah rumah..

yayang ni mesti tak pandang flash..

Ok dah penat dah pusing Makam Mahsuri.Jom kite pergi ke Langkawi Cable Car...










No comments:

Post a Comment