Wednesday

I LOVE ALLAH : PART 1

Assalamualaikum... 


Entry pada kali ni berunsur keagamaan.. saya sekadar berkongsi pengetahuan dengan kawan2 yang membaca blog saya yang tak seberapa ni.. tak salahkan kalo kita berkongsi pengetahuan seperti ini... saya bukanlah seorang yang sempurna di mata Allah tapi saya berusaha menjadi seorang yang diredhai Allah.. saya juga manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan wpun tanpa kita sedari namun, masih ada peluang untuk memperbaiki kesilapan tersebut.. 

Niat saya untuk berubah sedikit demi sedikit tanpa ada paksaan. dekatkan diri dengan Allah adalah sesuatu yang sangat tenang.. mungkin itulah ketenangan yang sebenar bagi hamba Allah.. memiliki harta yang banyak, kereta yang besar, rumah yang mewah, keluarga yang bahagia dan pangkat yang tinggi merupakan sesuatu yang berharga bagi seseorang, namun ada sesuatu lg yang lebih berharga iaitu ketenangan beribadat kepada Allah s.w.t. Insyaallah satu hari nanti saya ingin menjadi seorang anak, ibu dan isteri yang solehah di mata keluarga dan   di pandangan Allah..

Allah sentiasa memberi kita peluang untuk bertaubat. di saat itu, kita perlulah mengambil peluang tersebut dengan hati yang rela dan berusaha menjadi insan yang disayangi Allah.. Allah segalanya bagi kita. Allah yang Maha Berkuasa keatas segala yang terjadi.. 

Allah Cinta dan Sayang kepada kita.. Kalo tak, Allah tidak membukakan pintu rezeki untuk kita. Sebab tu lah kita kena bersyukur apa yang kita dapat dan jangan sesekali tidak puas hati dengan apa yang kita miliki sekarang.. namun kita juga perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal. kalo tidak cuma berdoa sahaja untuk mendapatkan rezeki yang lebih, tak bole jugak.. sebab kita jugak perlu berusaha.. Allah tidak akan membuka pintu rezeki bagi insan yang tidak berusaha dan berpenat lelah untuk mencari rezeki.. Melainkan jika hambaNya itu berusaha disamping beribadat kepadaNya.

Allah yang menetukan hidup dan mati kita.. Dia juga pelita bagi umat Islam sebab Allah sentiasa berada disisi kita sewaktu hidup kita digelapi kesusahan.wpun kita dalam kesusahan dan tak ada siapa yang menolong, Allah tetap berada disamping kita kan. Allah sentiasa memberi jalan bila kita menemui jalan buntu dalam hidup.. 

Saya sebagai hamba Allah juga tidak terlepas dari kesilapa., namun, jauh dari sudut hati memohon agar Allah memberi peluang untuk saya terus beriman dan bersujud kepadaNya supaya hidap saya tidak kosong dan sentiasa mendapat keredhaan Allah...

sewaktu dahulu memang berniat nak gi Masjid Kristal, Terengganu.. Alhamdulillah Allah makbulkan doaku untuk menjejakkan kaki di sini...


No comments:

Post a Comment