Monday

KASIH SAYANG YANG TERHEBAT DALAM DUNIA......

sangat bahagia bila mendapat kasih sayang yang tak putus-putus dari saya kecil hingga sekarang ni... wpun dahulu diri ini kadang kala nakal namun insan ini tidak pernah putus untuk memberi kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. 

siapa yang mengajar solat dan mengaji?

siapa yang membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berjaya?

siapa yang menemani tidur sewaktu kecil?

siapa yang menyikatkan rambut sewaktu hendak pergi ke sekolah?

siapa yang membelikan gown cantik2?

siapa yang menyelamatkan keadaan bila lambat ke sekolah dan malas untuk beratur waktu pagi?

siapa yang pandai jadi model untuk menjadi seorang setiausaha?

siapa yang tahu bagaimana untuk catwalk kat ofis?

siapa yang menolong kita sewaktu kita susah?

siapa insan utama yang kita utamakan bila kita berdoa selepas solat?

mereka tidak pernah penat untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak mereka ini.. janganlah lupa untuk menhargai pengorbanan yang mereka telah lakukan.. bagiku ma dan ayahlah segalanya.. kasih sayang yang ku dapat sejak dari dalam perut ma lagi tidak akan kulupakan sehingga akhir hayatku.. tidak sesekali mengecewakan dan menghancurkan harapan mereka... tidak sekali membuatkan mereka menangis disebabkan kesilapanku.. diriku tidak pernah meninggalkanmu dalam setiap doaku.. hanyalah kamu...

 MA & AYAH 


KAMULAH IDOLAKU SELAMANYA...

No comments:

Post a Comment