Sunday

My Lil RL


posted from Bloggeroid

Tuesday

WEDDING RAZIF DAN ROZA (11.11.12)

Lagi-lagi cerita lama..Eleh biarlah apa orang nak kata.. Yang penting semua happy..

Saja nak story wedding sepupu (Razif) kat Batu Pahat. Simple dan meriah sebab dah lama tak jumpa sedara mara kat kampung... So, bila dah jumpa tu, kecoh la kan.. Masa ni dah pregnant 3 bulan kot...Perut pun tak nampak lagi.. Sebab tu la bole rewang.. Tolong apa yang patut.. Pelamin dier buat sendiri tapi nampak cantik walaupun simple..

Bukan ini pengantinnye...
Ini pengantin lama tapi masih tersipu malu....

Baru la ceria sikit..

Anagah, Baby Girl Sofea, Saya dan Customer Kak Ton, Mak Usu..

Ni Abang Ipar saya.


Ni Sepupu-Sepupu Saya..

Kenapa bergambar bersama cup cake? Sebab, cup cake tu comel sgt..

Yang tu lah pengantin barunya..

Sebelum balik bergambar dahulu bersama pengantin...

Bila dah puas makan nasi minyak dan bertemu sedara mara, kami pun beredar pulang ke Johor Bahru...

Monday

FAMILY DAY..( dah berlapuk cerita ni)

Selalu nak post cerita yang dah lama dan tak laku.. Alah, saya nak post jugak masa Family Day office saya.. tapi saya nak post gambar jer.. Banyak aktiviti yang telah diadakan masa tu. 

Antara yang tiba awal..

Sementara menunggu semua hadir, kita sarapan la dulu..

Senamrobik.. Tetiba hujan pulak buat senamrobik kat dalam..

Cara nak belajar terbang.. Alalala comel tengok yayang ( yang pakai baju biru+rambut tercacak+kecik molek) dan boss kesayangan(yang pakai baju biru jugak+topi+tinggi+besar)...

Yayang tu sebenarnya malu...

Ni la boss kesayangan

Acara Untuk Kanak-Kanak.
 Bawa bola ping pong dalam sudu..

Rebut gula-gula..

Rebut kerusi..

Rebut belon... Ehhh Bukan-bukan, ni tiup belon..

 Acara Untuk Dewasa
Big Foot Race...
Yayang standby...

Macam tak kuat jer yayang tu..

Gorilla Walk..

Ballon Couple..
Oelh kerana saya mengandung, yayang kena la cari orang lain..



Bila dah abis semua game, pengarah pun beri ucapan..

Dapat cabutan bertuah..

Biru adalah pasukan kami.. Sangatt sopan masing-masing...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 1,2,3.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nahh... Amik kau.. Gaya bebas sampai saya terbabas...

Dan tamatlah Famuly Day kami... 
 Sebelum balik, lunch dulu dan bila dah kenyang kami pun pulang dengan dibasahi hujan...





DIOR ke COACH????

Bila tajuk mcm ni mesti ada something... 

Ceritanya macam ni, masa balik kenduri kahwin kawan yayang masing-masing tak ada hala tuju.. Tapi tiba-tiba nak pergi Holiday Plaza.. Okay, jomm!!!! Tapi tak ada benda pun yang nak kami cari.. Saja je jalan-jalan.. 

Tiba-tiba yayang tarik tangan saya masuk kedai cermin mata dan terus pergi tengok sunglasses untuk perempuan.. Dalam hati ni tertanya-tanya (buat apa b tengok sunglasses perempuan, tak kan nak belikan syg kot). Pastu yayang bagitahu yang dier nak belikan sunglasses untuk saya.. Hati sangat gembira...

Dan bermulalah saat menjadi model kejap try satu-satu sunglasses.. Dior atau Coach?. Mula-mula try Gucci. Semua bukan citarasa say lagipun tak banyak design. Pastu try Dior.. Ok, ada satu yang berkenan. Pastu pilih Coach pulak.. Dapat jugak satu yang berkenan.. Jadi ada 2 pilihan.. Dua-dua lawa. tak beasr sangat dan tak kecil sangat.. Mana satu ni.. harga lebih kurang ker dua-dua..

Bila dah lama pikir, dan banyak kali jugak saya ganti-ganti pakai yang mana paling cantik, lastly saya amik Coach sebab masa tu pun tengah bawa handbag Coach. Terus hati berkata nak amik sunglasses Coach jugak.. Kalo nak amik Dior, saya tak ada pun handbag Dior, macam mana pula nak padankan nanti..

Dan inilah dia pilihan hati saya...


Terima kasih yayang... 

CUTI TAHUN BARU CINA (dah berlapuk dan panjang berjela).

Assalamualaikum..

Ape ni.. Suka sangat post entry yang dah berzaman. Tak up-to-date betol kan. Back to the title (elleehhh nk speaking plak), masa chinese new year paln bukan main banyak lagi, nak pergi Terengganu la, nak pergi Cameron la dan macam-macam lagi.. Tapi bila pikir-pikir balik kalau nak pergi tempat-tempat tumpuan pelancong ni mesti ramai orang dan jalan mesti sesak.. Lastly the nigth before nak bercuti baru la bagi cadangan kat yayang untuk pergi je Malacca.... Malacca????? Dalam hati ni mesti Yayang tak nak sebab tahun lepas kan dah pergi Malacca. Tapi rupanya yayang setuju sebab yayang pun kata kalo kita pergi Malacca tak der la jauh sangat.. Ok, hati gembira sebab dapat pergi muzium.. Yeayy!!! Bukan apa, ada satu lagi muzium yang saya tak pernah pergi lagi iaitu Istana Kesultanan Melaka. Dan yayang plan nak naik River Cruise.. Okey.. Isteri terus packing barang dan malam tu jugak booking hotel kat AsiaRoom.. Alhamdulillah nasib baik ada lagi hotel yang kosong...

9.2.2013
Sebelum pergi Malacca kitorang pergi ke majlis walimatul urus sepupu yayang kat Ulu Tiram berkonvoi bersama family yayang.. Lepas tu baru la bergerak ke Malacca dalam pukul 1.30 petang.. Sebenarnya kitorang kurang gemar kalau kat highway waktu-waktu macam ni sebab dah banyak kereta.. Maklum la kan cuti lagipun dah petang... Biasanya kitorang selalu gerak lepas subuh sebab highway clear sikit dan cuaca sejuk je.. Sampai Malacca je terus cari hotel yang kitorang booking tu sebab takot sesat.. Tapi nasib baik dapat cari dan lokasi sangat strategik.. Memandangkan kitorang sampai dah petang, jadinya stay kat hotel jer la dulu pastu malam baru kitorang kuar cari makan... Ala, makan kat McD Dataran Pahlawan jer.. Esoknya baru la jalan-jalan..

10.2.2013
Bangun pagi macam biasa walaupun holiday. tapi yayang tetiba nak pergi klinik. Alahai yayang mana la ada klinik buka pagi-pagi subuh ni. Lagipun kan tengah cuti.. Saya risau tapi yayang tak risau pun sebab dia dah tahu nak pergi mana.. Wahh yayang lagi tahu dari saya yang dah pernah menetap kat Malacca ni.. Yayang kata dier nak pergi Putra Specialist Hospital. Saya pun berfikir kat mana ler hospital ni.. Yayang pun jawab "Alah sayang ni hospital ni kan opposite hotel ni jer.. Jalan kaki jer.." Laaa patut la yayang semangat nak pegi.. Ok. Yayang pergi hospital sorang-sorang isteri sambung tido.. Yayang settle kat hospital je turun bawah pergi sarapan yang telah disediakan hotel.. Apalagi makan la banyak-banyak sebab lepas ni kan nak jalan-jalan.. Tapi sebelum jalan-jalan ada ke pulak suami nak cari car wash.. Mana lah nak cari ni.. Bila tanya seorang pakcik kat Peringgit tu, dia pulak pandai-pandai nak marah yang "alah dik, kete ko ni bersih lagi, tak payah la nak cuci". Padahal kete tu dah macam belacan.. Tak per pakcik terima kasih sebab bagitau jugak kat mana car wash.. Kitorang pun hantar kete kat car wash.. Sambil tunggu kete saya sempat borong makanan dan minuman satu plastik. Yayang terkejut sebab baru tadi makan takkan ni lapar lagi.. Saya cover line cakap ni semua untuk bekalan masa jalan-jalan nanti.. Tapi sebenarnya belum pun kete siap, bekalan dah tinggal separuh. hahahaha.. 

Habis jer cuci kereta, terus g jalan-jalan... 

Ni la tempat yang hendak dituju.. Saya ni memang suka melawat tempat-tempat bersejarah..
Pic Google..


Yeayyy!!!

 
Penatlah... Masa ni preggy 6 bulan..


angin leperkan tudungku..

Depat Kincir Air.. Sebelum ni tak der pun benda ni..

 
Hard Rock Cafe ni pun baru je dibuka..

Sebenarnya kitorangnak naik River Cruise tapi tak per la batalkan jer la niat tu.. Masya Allah tengok orang beratur punyalah panjang.. Dah lah keadaan macam ni tak boleh lah nak berdiri lama-lama.. Last-last cancel je.. Pujuk yayang kite pergi next time lah.. Pastu pergi makan dan sambung jalan-jalan dan shopping-shopping lagi seronok.. 

Bila malam pulak pergi lagi tempat yang tak pernah pergi iaitu Jusco besar.. Hahaha.... Memang besar sebab tak sempat nak jalan habis dah penat baik pergi makan kat KFC.. Pastu beli donut Jco.. Wahh!!! Kan baru lepas makn KFC.. Donut tu untuk dimakan tepi pantai.. Yayang minta saya bawa pergi pantai yang dekat-dekat jer.. Pantai yang paling dekat Pantai Klebang tp dh tak nampak pantai sebab dah ada projek kat situ.. Nak bawa yayang pergi Pantai Puteri yayang tak nak sebab jauh.. Ok, kite balik jer la hotel.. Makan donut kat otel boleh relak sambil baring-baring... Hahahaa...Belom sampai satu jam makan KFC saya dah habiskan donut separuh kotak.. Okey.. Memang macam ni keadaan bila mengandung.. Makan jer.. Dah kenyang je tido...

11.2.2013
Pagi bangun, sarapan then packing barang balik JB. Tapi sebelun balik singgah plak Taman Buaya Melaka.. Nak tengok buaya pulak..

Pic Google

NI bukan kat A Famosa.. Tapi replika jer.. Kat sini ada jugak  KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Muzium dan macam-macam lagi..

Burung merak ada kat Taman Buaya.. Cantik bulu dier.. 

Pastu tengok show buaya.. Diorang nak masukkan duit ke dalam mulut buaya dengan menggunakan mulut diorang.. Waahhhh... Seram pulak...
Ok, ni tengah setting mulut buaya tu..



Bila dah ok, dier masukkan duit tu dalam mulut buaya..Bial dah masukkan keluarkan balik.. Astaghfirullahhalazim.. nasib baik tak ader kejadian ngeri.. 

Okeh settle je pergi tengok buaya kami lunch kat McD sebelah Taman Buaya je.. Senang je  kan lepas makan terus keluar highway dan balik.. Tapi tetap tak puas sebab ada lagi tempat yang tak pergi lagi.. takper,, next time pergi lagi Malacca bawa baby pulak.. Bye.. 












Friday

PREPARATION FOR BABY M...

Assalamualaikum...

Masa hamil ni memang sangat teruja untuk menyediakan keperluan baby M ni.. Salah satunya adalah cuci pakaian baby yang comel-comel ni... Nak cuci baju bayi pun kena guna pencuci khas sebab kalau guna pencuci biasa bahan dia terlalu keras untuk kulit baby.. Jom lihat..

Lampin Anakku yang comel sebab ada corak teddy bear...

Antara baju-baju..


Dan baju-baju lagi..

Bila dah basuh pakaian baby ni baru terperasan yang kami bayak beli romper.. Tapi tak per la kan.. Asalkan baby M pakai baju..

OUTSTATION SAMBIL BERCUTI..

Assalamualaikum..

Teruk btol dah lama tak layan blog sendiri yang dah ada sawang.. Sebab malas dan tak der perasaan untuk update blog.. Ok, jom la kite mula dengan entry ni dulu.. Saja nak post gambar masa ikut husband outstation kat Mersing (tk jauh pun) tapi hati macam ada perasaan jakun sebab tak pernah sampai sini.. Gambar pun tak banyak disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan..

Selamat Datang ke Air Papan Mersing.. Kat sini lah kitorang stay 3 hari 2 malam.

Konsep kayu bulat2.. Teruja betul..

 Depan chalet tu pantai terus.. 


Badan semakin hari semakin kembang..

Ini Yayang..

Termenung bila nak habiskan keje ni..

Okeh dah habis.. Gambar2 diatas diambil ketika hari terakhir berada di Mersing..