Thursday

JOM MEMANCING..

Assalamualaikum..


Ni cerita pasal last weekend. Yayang and the group dah bincang nak pergi memancing kat Johor Lama. Tapi kali ni yayang tak pergi sendiri. Kali ni yayang bawa saya sekali. Tempat yang yayang nak pergi tu tak tau la macam mana kedaannta sebab yayang pun tak pernah mancing kat situ. Hati saya pun macam-macam rasa. Suka ada, Takot pun ada sebab pikir macam mana la nanti kena naik bot untuk ke laut.Saya ni memang fobia dengan laut. Tawakal jer. Yayang kata nak pergi pukul 4.oo petang, so, saya ajak yayang g Plaza Angsana sebab nak pergi booth Aidijuma tapi yayang tak layan.. Sedih betol la padahal sempat lagi sebab saya ajak pukul 10.00 pagi. TIba-tiba hujan turun, lagi la yayang malas nak keluar... saya pasrah je la.. Tunggu punya tunggu, dah sampai ke petang masih duduk kat rumah sebab tak tahu samada jadi atau tak pergi memancing. Bila dah macam tu jawabnya memang lepak jer la kat rumah.. Redha je la..Tiba-tiba pukul 8.00 malam yayang bagitau suruh siap nak pergi memancing... Excited yayang bila kawan-kawan dia jadi memancing kalo tak dari pagi sampai la ke petang muka memang tak ada perasaan lansung.. Saya biasa-biasa saja. Sebelum pergi dah pesan kat yayang jangan terlalu excited nanti tak dapat ikan. sebelum pergi sana yayang singgah Permas Jaya untuk beli udang dijadikan umpan. Lepas tu terus gerak ke sana. Jauh juga la tempat. Siap lalu kubur lagi.. Wahhh berani betol saya... padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu. Sampai je jeti perasaan semakin berdebar-debar sebab saya baru first time pegi memancing. Dah la kena naik bot kecil untuk ke tengah laut.. Saya rasa ini satu cabaran buat saya. Sebab masa dalam kereta on the way tu yayang sempat beri ceramah dan takot kalau saya tak boleh tahan dengan dugaan tu semua. Memancingkan hobi orang lelaki. Saya sahut cabaran yayang bahawa saya ni bukanlah lemah seperti yang yayang sangkakan.. Dah la malas nak cerita panjang lebar.. mari saya tunjukkan gambar pula..


Kami memancing atas rakit yang goyang-goyang bila laut bergelora... Kat rakit tu ada jugak ikan dalam sangkar..

Cantikkan..

Pagi2 tengok joran masing2..

Wahai ikan timbullah...

Tukar pula kat sini.

Yayang dan temannya, Zaki.

Ada lagi rakit yang berhampiran..

Masa ni dah nak sampai jeti.. Yayang leader.. yayang pasrah teramat sangat..

Panas terik masing2 tak tahan.

Saya gembira kerana menjadi juara pada hari itu kerana ikan saya yang paling besar.

Nak tahu apa yang ada dalam kotak tu???

Inilah dia hasil tangkapan saya sendiri. Yayang yang terlalu excited tak dapat bawa pulang hasil..

Lepas ni isteri sahaja yang turun ke laut untuk memancing. Suami sila duduk dirumah. Yayang punya rezeki pindah pada isteri...

PRE-RAMADHAN

Assalamualaikum.

Lagi 2 hari nak masuk bulam Ramadhan dan lagi 2 hari juga la kita semua nak puasa. Time ni juga la nak makan kurma konon nak ambil mood puasa la... Ari tu yayang ada bagi kurma tapi yang ni lain ckit. Biasanya saya tengok kurma yang kotak dia besar. Yang ni kotak dia kecil je pastu siap packing sebiji-sebiji. Special btol  Rasanya sedap.. Let me show u all the pictures..




Cantikkan kotak dia.


Yang ni bahagian sisi kotak kurma. Terima kasih kepada pembantu saya iaitu yayang yang pegang kotak tu.


Patutlah masa picit-picit kotak tu tak rasa pun ada kurma rupanya dia packing dalam plastik macam ni.. Yayang dan saya sangat teruja melihat kurma ni.


Ni la isinya.


Kurma jenis ni memang favourite saya.


Dengan gelojohnya saya buka plastik tu terus makan. Wahhhh... Sedapnya...

Dah abis makan kurma terus tido..

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...


SAYA MENANG..


Assalamualaikum.

Wahh, tajuk mcm baru lepas menang cabutan bertuah..Uncang biru yang menjadi rebutan saya dan suami akhirnya menjadi milik saya juga. Uncang pun nak berebut.. ye la sebab cantik. Perempuan memang suka yang cantik-cantik. Tapi kalau lelaki pun ada minat yang sama, macam ni la jadinya. ada ke patut yayang nak uncang biru ni untuk simpan duit syiling. Padahal yayang dah ada bekas kaca yang cantik siap boleh nampak isi di dalam. Yayang.. Yayang.. Puas saya menangis guling-guling baru la yayang bagi pada saya. Dari mana datangnya uncang biru yang menjadi rebutan suami dan isteri ni? Uncang biru tu sebenarnya dapat masa Menteri Besar Johor mengadakan walimatul urus anaknya.  

 Wahhhhhhh... hebat sungguh.. 

Uncang yang menjadi rebutan.. Sepatutnya ada sekuntum bunga ros diselitkan dalam uncang tapi hilang pulak Jom tengok apa yang ada di dalam...

Dalam ni ada Kek Kukus Buah-Buahan.. Sedap...


Ada 1 lagi uncang kat dalam.. Meh tengok isinya..

Bunga ros kaler kuning.. Bunga yang ni boleh dimakan. 

Ada manisan tapi saya tak ingatlah apa namanya.

Coconut Candy. Ingat dulu my mom selalu buat Milo Candy masa kami kecil..

Rempeyak kecil.

Bila semuanya sudah dimakan, Uncang biru tu kan kosong. Tapi ia tak akan kosong bila kat tangan saya.. nanti saya tunjukkan apa yang saya isi dalam uncang biru tu..



IKAN + AQUARIUM = UNDERWATER WORLD

Lepas Island Hopping, kami berehat kejap dan keluar semula untuk pergi ke Underwater World pula. Underwater World ni berada depan hotel kami iaitu Landcons Hotel. pergi sana jalan kaki jer.. Mari liaht apa yang ada dalam tu.

Ni la Underwater World. Amik gambar 3 tahun lepas punya.

Yayang lambat snap sampai ikan dah gerak.

Tak ingat la apa yang saya gelakkan.

Cute itik ni.

Bagi pose lagi 1.

Burung kakak tua.

Singa Laut.

Saya dan Singa Laut.

Nampak tak tangan dan jari jemari yang bengkok..

Pinguin.

Bila tengok pinguin ni, teringat cerita Happy Feet.

Ikan Pari besar.

Pipi Yayang dah gemok..

Ok, habis cerita pasal Underwater World. Kami dah penat Nak rehat kat tepi pantai pulak...

ISLAND HOPPING..

Assalamualaikum..

Semalam dah belajar subject Sejarah tapi entry kali ni malas pulak nak cerita panjang menjela2 macam yang sebelum ni. kali ni saya cuma nak post gambar sahaja. 


Pakej Island Hopping ni kami amik kat Pantai Cenang  sebab murah cikit sorang RM25. Starting with ‘Pulau Singa Besar' literally translated to mean Big Lion Island,you will be able to venture through the lush greenery of the rainforests or soak up the sun on its beautiful beaches.


Next, we head to Dayang Bunting Island to see the Lake of the Pregnant Maiden, where you can immerse yourself in warm waters, shrouded by a green tropical forest, that will invigorate and refresh your weary spirit. Legend has it that women who cannot conceive need only take a sip of these cool and refreshing waters before she is blessed with a child. My hubby drink the water more than me. who's gonna be pregnant? In actuality the hills that form the backdrop of this lake shapes an outline of a pregnant woman lying on her back – which is probably the real reason for its name. 


After that, we get a chance to see the magnificent king of the skies – the eagles – as they swoop down with deadly precision to catch their prey as they are fed. The day eventually winds down with a visit to ‘Beras Basah Island’ – or Wet Rice Island – another beach with crystal clear waters and sweeping views of the ocean before you are transported back to your hotel for a little rest and relaxation after an exhilarating and entertaining day with the sand and surf.


Enjoy the pictures...

Tunggu driver amik pukul 9.00 pagi. Kami yang excited ni tunggu depan hotel pukul 8.15 pagi.. we have to paste the red sticker on the shirt. sticker merah tu memang telah diberi oleh agen yang menawarkan Pakej Island Hopping. Satu group ada 8 orang. 
Yayang excited sebab gi Island Hopping pakai sandal baru.
(suruh bawak dari rumah tak nak, kan dah kena beli)


yang ni kenapa pulak, hidung sampai kembang semangkuk.. kalo dah lapar jadi la macam ni. plastik kat tangan nasib baik tak dimakan..


ni lah bot yang akan kami naik. 




saya tak sabar nak naik bot... padahal hati berdebar2 takot air.






suami dan isteri genbira menaiki bot unutk menjala ikan..


cantik betol la.


ni la group saya yang datang dari Sabah, Australia dan India


ni melalui Pulau Singa Besar






nampak tak gunung yang berbentuk orang mengandung? Itu lah Dayang Bunting. Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki 
google picture.

Thank you sir.


ni jeti nak masuk ke Tasik Dayang Bunting.


suami dan isteri ni seperti kanak2.. ni sebenarnya tak sabar nak minum air Tasik Dayang Bunting.


Lihatlah muka isteri senyum sampai tak nampak mata


Suamiku sayang.


Sewa Solar Boat utnuk mengelilingi tasik.


Peace..


Yayang mesti tak pandang flash..


yang ni baru ok..


Suami : Jom sayang kite minum air dier
Isteri : Ok, b minum dulu.
Suami pun minum guna tutup botol. Seteguk. Isteri pun hulur tangan beranggapan supaya suami beri pula isteri minum. Tapi hampeh betul sebab suami jer yang minum sampai berteguk2..
Suami : Nah turn sayang pulak. B dah kenyang minum air tasik.
Isteri : Kenapa pulak B yang minum banyak. Bukannya B yang mengandung. Kan sayang yang mengandung.
Suami : Ala B tolong minumkan jeer..








Isteri dah lapar. Makan jajan jer la.




Dah penat kayuh jom lah kite balik..


Macam paparazzi pulak.


Ni kononnya artis.(padahal tak sedar suami sedang mengambil gambar)


Kanak2 ribena happy dapat jalan..


Kelakar betol..


Best betol dapat duduk depan sekali.








Eagle Feeding.. Bila sampai sini semua boat akan berhenti.

Dalam hati 'jangan la helang sambar kepala saya'


Banyakkan helang..


Helang menyambar ikan.




yayang pun nak gambar dengan helang jugak.




Pulau seterusnya adalah Pulau Beras Basah.






Suka tengok gamabr ni.


Dah puas mandi, jom kite balik.


Badan kesejukan. 


Tamatlah Islang Hopping kami..